Bujang Adalah Waktu Paling Baik Untuk Travel Sepuasnya, Kenapa?



Pertama sekali, ini adalah pendapat peribadi dan tak mewakili mana-mana individu pun. Dua minggu lepas aku ada lepak dengan kawan-kawan, dan travel adalah di antara topik yang kami sembang.

Kawan aku ada tanya pendapat aku tentang waktu apa paling baik untuk travel. Summer, autumn, spring atau winter? Bagi aku, empat pilihan ni teramat subjektif. Terpulang atas diri sendiri suka yang mana. Ada orang suka musim sejuk sebab boleh main salji, tapi aku pula tak macam tu.

Musim sejuk untuk aku adalah antara suka dan tak suka, sama berat. Yang sukanya sebab boleh main salji, dan yang tak sukanya adalah sebab terlalu sejuk. Aku perasan, setiap kali travel pada musim sejuk aku akan terkena satu penyakit iaitu gatal-gatal di celah peha.

Tahap gatalnya memang aku rasa sangat tak selesa.

Pada pendapat peribadi aku, waktu paling baik untuk travel adalah waktu kau sedang bujang. Sebabnya, waktu kau bujang ini ada banyak perkara yang boleh buat. Dalam bahasa aku bercakap dengan diri sendiri aku suka guna istilah 'menghargai waktu sendiri'.

Dulu, sebelum kahwin aku ingat jadual travel aku pasti boleh berjalan seperti biasa. Asal ada duit boleh pergi travel. Tapi rupanya aku silap. Bila dah kahwin ini banyak perkara yang kena pertimbangkan.



Salah satu contoh, kalau masa bujang boleh nak travel ala-ala backpakers. Travel guna bajet yang paling minima. Tak kisah tidur hotel bajet, walaupun keadaan hotel tu sekadar boleh saja. Boleh tidur di stesen kereta api, stesen bas, tak kisah sangat soal makan dan lain-lain yang seumpanya.

Senang kata, masa bujang kita boleh enjoy travel dengan kawan-kawan atau travel secara solo se 'hardcore' yang mampu. Tapi bila dah kahwin banyak perkara yang sudah terbatas.

Contohnya, tak kan nak biar bini galas backpack berat-berat. Tak kan nak biar makan makanan segera yang kenyangnya sekadar alas perut. Jalan penat-penat, upah sesat dan bersiap sedia dengan risiko yang mungkin paling buruk dalam sejarah hidup kau.

Itu sekadar pendapat peribadi aku. Sila ulang baca.

Tapi bukanlah bermaksud bila dah kahwin ni langsung tak boleh pergi travel. Cuma cara kau travel itu pun dah berubah, tak sama macam bujang. Kalau boleh pun mungkin bila usia dah sedikit senja, waktu senang-senang. Ekonomi pun dah kukuh, anak semua dah besar-besar. Yang tinggal kau dan baki hidup kau yang tak berapa nak banyak.

Buktinya, aku ada kenal seorang traveller Malaysia yang berumur (bukan tua), cara dia travel lagi power dari orang muda. Nama beliau Zainal Bin Ahmad, story dia ada aku pernah tulis dalam The Vocket.

Dan pendapat kau pula macam mana?
Powered by Blogger.