5 Sebab Kenapa Jangan Tangguhkan Bila Berpeluang Travel



Orang kata peluang baik tak datang selalu. Jadi, jangan disia-siakan. Selepas kawan aku tahu pasal blog aku, beliau kini jadi pembaca setia. Sekarang kerap dia tanya aku soalan-soalan berkaitan travel walaupun aku sendiri pun bukanlah pandai mana. Dengan harapan artikel ini bakal meracuni fikiran beliau.

Kenapa aku kata bila kita berpeluang untuk travel jangan tangguh? Secara dasarnya, kita tak tahu bila peluang tu akan ada lagi. Sebagai contoh, aku memang kurang minat untuk travel ke luar negara pada musim sejuk, tapi bila syarikat aku hantar untuk buat konten di luar negara aku tak agak untuk tidak menolak peluang tersebut.

Aku bukan tahu pun apa akan jadi besok (baca: masa akan datang). Sementara ada kesempatan baik aku ambil. Dulu pernah terdetik, kenapalah aku tak travel sejak awal lagi. Banyak masa remaja aku habiskan dengan buat perkara-perkara yang tak berapa seronok. Kalau dari awal lagi dah tahu, baik aku travel dari dulu lagi.

Tapi itulah, mungkin rezeki belum sampai lagi waktu itu. Jadi sekarang aku lebih cerdik, bila ada peluang aku kumpul dana dan travel. Ada seorang traveller Malaysia beritahu aku, "dalam travel ini, sekali kita dah keluar travel, sampai bila-bila kita akan travel".

Sekarang aku faham makna rasa gian nak travel. Lebih-lebih lagi bila kau ramai friends dengan traveller-traveller dan mereka suka upload gambar trip mereka. Klik 'like' saja yang mampu buat waktu tu.

Kita tak tahu berapa angka usia kita, jadi jika kau ada angan-angan untuk travel jangan lupa jadikan perkara itu kenyataan. Nak travel kena korban sikit, bukan duit saja, masa pun kena pandai curi juga baru tak ada alasan.



Ini bukan survey, majoriti orang yang aku jumpa berhasrat nak travel tapi sampai sekarang tak travel-travel. Tahu kenapa?

1) Tak ada masa
Tak ada masa ini bukan alasan besar. Dalam setahun kita ada 365 hari, mustahil tak boleh rancang ambil 10 hari sahaja untuk travel. Rugi sementara badan sihat ini kita tak ambil peluang, sihat ini bukan sebab tak ada penyakit saja. Andaikata terlibat dengan kemalangan dan patah kaki, kan rugi. Masa sihat tak  nak ambil peluang baik ini.

Baca: Bujang Adalah Waktu Paling Baik Untuk Travel Sepuasnya, Kenapa?

2) Tak Pandai, Takut
Tak pandai nak beli tiket, tak pandai nak tempah hotel, takut susah dapat makanan halal dan macam-macam alasan lagi. Sebenarnya itu semua tak rumit mana, semua boleh belajar. Kalau susah sangat boleh guna agensi travel. Bayar dan biar mereka uruskan.

Janji boleh tengok dunia luar, banyak perkara menarik yang kau akan belajar nanti. Percayalah.

3) Tak Ada Duit
Bab ini aku tak berani nak komen. Tapi kalau nak seribu daya. Kalau boleh pakai iPhone, pakai kasut mahal dan selalu belanja awek makan di kedai hipster (tapi tak kahwin-kahwin juga), apa salahnya berjimat-jimat dan kumpul duit untuk travel.

Travel bukan kena setahun 12 kali, ikut kemampuan sendiri. Sekurangnya setahun sekali atau dua tahun sekali ke. Travel ini bukan nak berlawan dengan orang lain siapa paling banyak ke luar negara, ikut kemampuan masing-masing.

Terpulang nak percaya atau tidak, aku pernah ke Manilla selama 4 hari 3 malam dengan kos keseluruhan tak sampai RM500 pun termasuk tiket flight pergi balik dengan kawan aku. Dan aku pernah pergi Aceh 3 hari dengan kos keseluruhan tak sampai RM300. Serius.

Lagi pun AirAsia sekarang banyak buat promosi yang kadang-kala harga tiket kapal terbang lebih murah dari naik bas ke Johor.

4) Kawan
Banyak manfaat kau peroleh bila travel, contohnya kau akan dapat kenal ramai kawan yang datang dari pelbagai kelompok. Untung badan 1 dunia kau ada kawan nanti. Bila kita ramai kenalan, banyak peluang baik ada, terutama jika kau seorang usahawan.

5) Banyak lagi
Selain banyak manfaat untuk diri sendiri, travel ini boleh bertukar jadi seribu satu peluang yang bagus-bagus. Kalau kata manfaat kepada diri sendiri mungkin ianya tak terlihat di mata. Bila ada pengalaman, kau mungkin boleh jual pengalaman itu semula. Contohnya, jadi travel guide, jadi penulis buku dan macam-macam lagi.

Buktinya, ramai kawan aku yang travel dah terbit buku sendiri, ada business travel sendiri, jadi personal shopper dan berniaga import eksport. Kagum bukan?

Travel ini boleh diumpakan satu pelaburan kepada diri sendiri, dan tak ada pelaburan kepada diri sendiri yang tak menguntungkan.
Powered by Blogger.