Lihat Perbandingan Antara Kualiti Kamera Oppo A37 Dan iPhone 5s



Baru-baru ini ada lagi orang yang add aku di Facebook semata nak tanya pasal Oppo A37, mungkin kesan artikel ini masih lagi berlangsung sampai sekarang. Baik, secara jujurnya apa yang aku bagitahu dalam artikel tersebut 100% bebas dari sebarang pengiklanan. Apa yang aku bagitahu adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Satu lagi aku cakap perkara betul, kalau cantik di mata aku akan aku kata cantik. Kalau tak, aku cakap terus terang tak bagus. Mata orang lain aku tak tahu.

Antara soalan yang aku ditanya, kenapa pilih Oppo sedangkan banyak lagi jenama telefon yang power power macam Huawei. Ok, masa aku beli, Huawei tak keluar lagi model dua kamera tu. Dan untuk pengetahuan, aku ada kata yang aku bukan jenis ikut perkembangan teknologi telefon pintar. Satu lagi aku cari telefon di bawah harga RM700.

Sebelum ini aku pakai ZTE Blade V7, alasan aku beli telefon ini pun sebab telefon lama lesap semasa travel di Afghanistan dan aku ada beberapa hari lagi untuk terbang ke Iran untuk kerja. Oleh sebab kerja-kerja aku perlukan gambar yang kualiti, jadi ada baik aku beli kamera yang bagus sedikit demi dapatkan hasil gambar yang lawa.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan spesifikasi Oppo A37 atau lain-lain boleh baca di Amanz.

Oleh kerana artikel ini aku fokus untuk cerita kualiti dan hasil gambar yang diambil guna Oppo A37, ini adalah contoh-contoh gambar yang aku ambil. 100% original daripada telefon dan tak masuk apa-apa filter. Fresh!











Ini pula adalah gambar yang di ambil oleh Azam Anuar guna iPhone 5s



Secara keseluruhannya, walaupun mungkin tidak secantik kamera iPhone 5s namun bagi aku Oppo A37 masih mampu berikan hasil gambar yang baik. Padan dengan harga, kalau nak kamera betul-betul cantik jangan beli telefon, beli terus kamera DSLR baru puas hati.

Info tambahan, Oppo A37 aku tak install banyak sangat applikasi. Sekadar guna yang basic seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Telegram. Game pun Plant Vs Zombie dengan 8pool. Buat setakat ini tak ada lagi hang yang teruk. Kadang-kadang jadi juga.

Cas pula ambil masa lebih kurang 1 jam untuk penuh kalau beteri bawah 10%. Ketahanan bateri boleh tahan dari pagi sampai malam kalau tak main game. Bagi aku berbaloilah dengan harga yang ditawarkan.
Powered by Blogger.