Akhirnya Aku Dapat Jawapan Kenapa Kulit Gatal Ketika Musim Sejuk



Dengan iklim tropika seperti di negara kita ini, ramai orang yang teruja untuk bercuti ke luar negara pada musim sejuk. Tapi aku tak adalah nak teruja sangat, semuanya disebabkan satu perkara ini. Tak pasti simptom ini berlaku kepada aku seorang atau pun tidak.

Aku perasan, setiap kali ke luar negara pada musim sejuk, pasti aku akan mengalami rasa gatal-gatal pada kulit, terutama di bahagian celah peha. Tahap gatal tu memang rasa sangat tak selesa. Pertama kali aku ke luar negara pada musim sejuk adalah ke Guangzhou, China.

Mula-mula ingatkan alergi atau apa, tapi rupanya tidak. Antara negara yang aku pergi ketika musim sejuk adalah Iran, Afghanistan dan New Zealand. Dan setiap kali musim sejuk rasa gatal-gatal pada kulit akan mula menimbul. Itulah alasan kenapa aku sebenarnya tak berapa teruja untuk travel ke luar negara pada musim sejuk.

Selepas baca artikel yang diterbitkan di Utusan baru aku faham, faktor udara kering akan menyebabkan kulit kita kering dan terasa gatal. Oleh itu, mengekalkan kelembapan kulit amat penting apabila berada di dalam kandang musim sejuk.

Tapi masa dekat New Zealand hari itu aku dah pakai losyen pelembab kulit, namun tetap terasa gatal. Stress sungguh.

Selain itu, dijelaskan juga memakai pakaian lembab turut penyumbang kepada rasa gatal pada kulit. Biasanya apabila ada salji sudah pasti pakaian akan menjadi lembab, dan memakai pakaian lembab terlalu lama boleh menyebabkan penyakit ekzema.

Rumusannya, kalau aku nak elak atau kurangkan risiko terkena gatal-gatal pada kulit setiap kali travel pada musim sejuk aku kena pastikan yang kulit tidak kering, jangan pakai pakaian lembab terlalu lama dan paling penting banyakan minum air masak.
Powered by Blogger.