Apa Akan Jadi Sekiranya Malas Buat 'Research' Sebelum Travel

bukharimalek

Semalam aku ada terbaca pendapat seorang rakan di Facebook yang bertanyakan soalan lebih kurang begini "Apa pendapat tentang orang yang nak travel tapi malas buat research". Sebenarnya, pertanyaan seperti ini bukan kali pertama aku nampak. Sebelum ini pun dah banyak orang sentuh bab ini.

Pada aku, tengok atas orang juga. Kalau itu pertama kali trip bagi dia orang untuk ke luar negara, mungkin mereka banyak bertanya sikit. Maklumlah, perasaan pertama kali ke luar negara ini bercampur-campur antara teruja dan berdebar.

Bila aku berhadapan dengan individu macam ini aku akan cuba tolong beri apa-apa maklumat yang aku tahu sebaik boleh. Andaikata memang jenis pemalas buat research dan harap jawapan dari orang saja pun aku tetap akan tolong ikut pengetahuan aku.

Sebab apa? Bagi aku, yang nak travel adalah dia, bukan aku. Jadi, sekiranya memang malas nak buat research dia yang rugi bukan aku. Kenapa pentingnya buat research? Ini adalah antara kesan buruk sekiranya malas buat research sebelum travel menurut pendapat aku.



Membazir Masa Dan Tenaga

Bila malas buat research, pengetahuan terhadap negara yang kita nak pergi itu akan jadi sangat sikit. Sebagai contoh, malas nak ambil tahu sistem pengangkutan awam. Akhirnya nanti akan menghabiskan masa dan tenaga saja.


Tertipu Dengan Cerita Jahat Di Internet

Era digital zaman sekarang nak dapatkan info sangat mudah, nak tertipu pun mudah. Minggu lepas aku ada terbaca satu artikel dari media tempatan yang mengatakan Iran adalah sebuah negara yang tidak mesra pelancong. Tapi jika mengikut pengalaman aku, aku rasa Iran adalah sebuah negara yang sangat mesra dan baik dengan pelancong.

Tak Dapat Kepuasan Travel

Bila kita travel sudah mesti kita nak tahu tentang keunikkan sesebuah negara. Kalau tak buat research macam mana nak tahu? Jadinya, kita tak akan dapat capai kepuasan travel yang sepatutnya.

Terlepas Perkara-Perkara Menarik

Salah satu research yang penting untuk buat sebelum travel adalah mencari 'hidden gems' di destinasi yang bakal pergi. Kalau tak buat research dengan bagus macam mana nak jumpa. Rugi kalau dah sampai tapi tak tengok apa yang sepatutnya.

Ia ibarat pergi Jepun nak makan Shushi, tapi pergi cari nasi goreng belancan. Padahal di Malaysia lagi sedap dan banyak pilihan. Itu perumpamaan saja.

Memahami Budaya Asing

Memahami budaya tentang sesebuah negara yang kita bakal pergi amat penting sebenarnya supaya tidak dicop sebagai biadap. Paling terkesan, apabila kita ke luar negara ia bukanlah hanya diri kita, tetapi sebenarnya secara langsung kita akan bawa nama negara sekali. Ada sesetengah perkara yang kita lakukan dianggap biasa pada kita tetapi sangat biadap bagi orang lain.

Salah satu contoh adalah tetang budaya di Jepun, aku pernah tulis di Vocket. Baca di sini.

Ini adalah sebahagian saja daripada pentingnya buat research sendiri sebelum travel. Masa aku lepak dengan Tuan Shubhi hari itu dia ada kata "zaman sekarang ni hampir sifar alasan untuk kita tak pandai, semua perkara boleh jumpa di Google".

Banyak cara boleh guna untuk buat research, kalau rajin aku tulis.
Powered by Blogger.