Pendapat Aku Tentang Travel Gaya 'Touch N Go'

bukharimalek

Touch N Go Traveller, satu lagi isitlah yang agak popular dibualkan di kalangan backpackers Malaysia. Aku pun tak berapa nak pasti apa maksud sebenar isitlah ini. Yang aku faham, travel gaya Touch N Go ini adalah merujuk kepada pengembara yang pergi banyak negara dalam masa singkat. Kiranya, mengembara ke banyak negara tapi sekejap. Mungkin lebih kurang begitulah.

Lama tak muncul isitlah ini di group-group travel, baru-baru ini timbul lagi.

Setiap orang ada pendapat masing-masing, tapi kalau tanya aku apa pendapat aku tentang traveller yang travel touch n go ni, jawapannya mudah saja.

"Suka hati dia lah, bukan guna duit aku pun", jawapan malas.

Ada orang berpendapat travel touch n go ini rugi duit dan masa. Bagi aku rugi dalam travel ini adalah perkara yang kita tak boleh nak bentang. Ada orang rasa travel 'touch n go' ini rugi ada orang rasa tak. Bergantung kepada individu juga. Ada pro dan kontra.

Menurut pendapat aku, aku lebih suka ambil masa untuk stay n explore sesebuah negara. Dalam isu touch n go ini aku rasa ada baik juga dari langsung tak pernah. Itu pendapat aku lah. Definasi mengembara ini meluas, setiap orang ada matlamat dan sebab kenapa dia travel. Oleh kerana kita tak ada kuasa untuk baca isi hati orang, kurang enak kalau nak pertikai cara orang lain.

Lagi pun, kita travel ini bukan nak bersaing dengan siapapun. Travel ini boleh beri manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Walau kau travel touch n go sekalipun, pasti ada perkara baru yang boleh kau kongsi kepada orang lain.

Ambil yang baik-baik saja.
Powered by Blogger.