Banyak Lagi Cara Nak Kumpul Harta Selain Beli Rumah Besar Dan Kereta Mahal


Kalau ikut apa yang ditulis kamus dewan, harta bermaksud 'barang-barang yang dimiliki seperti rumah, tanah, barang-barang kemas dan sebagainya'. Kalau menurut Islam pula harta bermakna 'sesuatu yang bernilai dimiliki dan boleh diperjualbelikan'.

Kalau silap tolong betulkan, bawah artikel ada kotak komen.

Apa pun yang kau faham tentang harta itu terpulang kepada kau, tak ada orang boleh pertikai. Setiap orang, harta ini boleh jadi pelbagai benda yang berbeza-beza.

Tujuan post ini aku nak kupas pasal isu terdekat dengan aku. Begini, ada beberapa orang tanya aku tak ada ke impian nak beli rumah sendiri, tanah sendiri, beli kereta besar sikit ke memadang dah berkeluarga dan mempunyai anak.

Gila kau tak nak, mestilah nak. Tapi setakat ini aku tahu kemampuan aku dan rasa ada benda yang tak perlu beli pun. Aku bagi satu contoh.

Aku ini sekarang pakai kereta kancil saja, aku rasa aku tak perlu upgrade pun lagi memandangkan kereta yang aku pakai ini masih berkeadaan baik. Terlalu cukup untuk kegunaan keluarga, lagi pun dah habis bayar. Buat apa nak pening kepala tambah komitmen.


Ramai saja kawan aku yang ada kereta mahal, kasut mahal, makan dekat kedai mahal-mahal dalam masa sama realiti dia tak membahagiakan pun. Selalu saja strugle setiap tengah hingga hujung bulan.

Cukuplah merepek sampai sini. Ok kita sambung bab lain pula.

Bagi aku dalam era serba canggih hari ini, ada banyak cara kita boleh kumpul harta. Lagi mudah, contohnya macam beli emas online serendah RM1 (boleh rujuk artikel sebelum ini).

Kedua, aset digital.

Yang ini mungkin tak ramai faham dan aku nak terang pun tak berapa pandai. Setiap hari aku habiskan banyak masa depan komputer, try & error benda-benda baru dekat internet sebab nak kena kejar dan ambil tahu apa kehendak terkini.

Ada yang menjadi, ada yang tak. Orang yang tak faham akan kata aku sering habiskan masa main komputer. Gila, aku pun tak faham cara nak fahamkan orang yang tak faham ni. Bagi aku, ini pun salah satu cara kita nak mengumpul harta. Lain orang lain cara.

Zaman sekarang ini kita kena lebih berfikiran cerdik. Jangan tengok orang ada kereta mahal, pakai baju cantik terus cop orang tu berharta, berjaya. Tak semestinya juga.

Aku suka kongsi pengalaman dengan apa yang aku lihat. Kau tahu tak bekas bos aku dulu pakai handphone murah, tak ada kereta mahal tapi harta yang dia ada nilai juta-juta. Cuma tinggal kau nak percaya atau tak nak saja.

Kau pula macam mana cara kau mengumpul harta, cuba kongsi sikit dengan aku. Orang kan selalu sebut, 'sharing is caring'.

Powered by Blogger.