Pengalaman Beli Nilai Emas Pertama Di Hello Gold



Tahu Hello Gold? Kalau belum tahu aku harap kau tak malas membaca, aku ada tulis panjang lebar berkenaan Hello Gold ini dalam YPOKET beberapa hari lepas. Boleh baca di sini.

Kau dah baca?

Ok baik, aku terang sekali lagi secara ringkas. Hello Gold ini merupakan platform yang membolehkan kau beli emas secara online pada berapa pun harga yang mampu. Contohnya nak beli emas RM1 pun boleh, tapi nilai emas yang kau dapat tu adalah nilai emas RM1. Mungkin kutu babi lagi besar dari emas RM1. Itu contoh.

Emas yang nak dibeli di Hello Gold hanya boleh dibeli secara online melalui aplikasi Hello Gold. Ini bermakna, semua urusan jual beli emas melalui Hello Gold adalah pada aplikasi di smartphone. Kau wajib download aplikasi Hello Gold.


Apa yang buat aku berminat nak membeli emas di Hello Gold?


Pertama sekali, Hello Gold salah satu teknik nak menyimpan/melabur emas dengan cara paling mudah. Bila-bila boleh beli dan paling best sebab boleh beli berapa ringgit pun. Tak ada kuantiti minima.

Maknanya boleh mula membeli emas sikit-sikit, daripada habiskan duit beli skin Mobile Legends tapi main noob baik beli emas di Hello Gold, ada juga faedah.

2. Tak payah simpan emas. Bab ni aku memang malas, bukan apa rasa leceh kalau nak simpan emas sendiri. Tapi kalau emas dah cukup 1 gram atau lebih, kau nak emas fizkal dan pegang sendiri pun boleh. Request sahaja nanti Hello Gold akan hantarkan emas fizikal kepada kau.

3. Boleh jual bila-bila. Kalau nilai emas kau sudah banyak dan rasa ada keuntungan jika dijual pada waktu itu, kau boleh jual terus. Dan hasil duit jualan emas tu akan dimasukan ke dalam akaun bank. Langsung tak rumit.

4. Fungsi lain yang ada di Hello Gold, boleh kirim emas kepada kawan. Dengan Hello Gold, kau juga boleh kirim atau beri emas kepada kawan yang juga merupakan pelanggan Hello Gold. Tapi rasanya aku tak baik hati lagi nak beri emas kepada orang lain. Mungkin suatu hari nanti, sebab people changes bro!

Poin yang aku nak sampaikan di sini, dengan Hello Gold semua orang boleh beli emas. Sebab kita boleh beli ikut berapa sahaja yang mampu. Daripada habiskan duit ke tempat lain, contohnya macam tengok wayang, minum kopi Starbuck, beli hadiah ke awek tapi tak kahwin-kahwin juga dan lain-lain. (itu contoh sahaja, jangan sentap)

Tak payah letak target tinggi, beli RM10 sebulan pun sudah baik dari langsung tak ada apa-apa. Konsepnya adalah menyimpan.

Kalau kau tanya macam mana Hello Gold buat keuntungan, aku merayu kau baca sekali lagi artikel ini.

Yang terakhir, ramai orang tanya aku adalah: Hello Gold ini boleh percaya ke? Takut kena scam.

Jawapan aku mudah saja, risiko tanggung sendiri! Hahaha, ok bergurau saja.

Macam aku kata, banyak website yang 'dipercayai' dah terbitkan artikel berkenaan Hello Gold, contohnya seperti di The Vocket dan Amanz. Aku pun sudah tanya sendiri Hairi Ariff, melalui info yang aku dapat aku kata Hello Gold boleh dipercayai.

Sebabnya, salah satu insan yang terlibat dalam Hello Gold merupakan kenalan kami biarpun aku kenal dalam alam maya. Dia memang orang hebat dalam dunia digital, kalau aku sebut nama,  aku jamin blogger-blogger hebat atau pengamal digital media mesti sangat kenal beliau.

Baik orangnya, sopan, rendah diri dan elok dibuat menantu.

Jadi, kalau kau berminat nak membeli di Hello Gold bolehlah download aplikasi Hello Gold di sini. Nak dapat penjimatan RM10 sila guna kupon 'WANM294X'. Kau dapat diskaun, aku pula dapatlah komisen sikit. Tapi kalau kau tak guna pun tak apa.

Dan kalau kau rasa artikel ini bagus dan nak kongsi dengan ramai orang boleh klik button share.
Powered by Blogger.