Portal Islamik Tempatan Yang 'Mengelirukan' Pembaca


Tadi aku secara tak sengaja terklik satu share post di facebook yang membawa aku ke sebuah portal islamik.

Kalau ikut diskripsi yang tertulis, tagline dia 'Segala Info-Info Islamik'. Pendapat aku pula, bila sebut sahaja segala, ini bermakna semua konten atau kandungan artikel mestilah yang berkaitan dengan islamik sahaja.

Aku cuba skroll lagi beberapa artikel dalam portal 'islamik' tu. Tapi apa yang aku lihat, kebanyakkan konten adalah random dan macam copy paste saja. Sampai cerita gosip artis pun ada sekali.

Tak percaya kau boleh klik www.islamikinfo.com. Aku sertakan screen shoot di bawah:


Ada banyak lagi artikel yang bagi aku langsung tak berkaitan dengan islamik. Aku bukan tak setuju dengan kandungan artikel, cuma bagi aku sebagai seorang Islam, bahan bacaan yang ada dalam tu ada yang tak sepatutnya dan boleh mengelirukan pembaca.

Selain daripata ISLAMIK INFO, ada satu lagi portal yang hampir sama (mungkin pemilik yang sama) , tagline pun sama guna konsep 'islamik'.

KHALIFAH MEDIA.


Lagi dashyat, tagline 'portal islamik pilihan'. Selain Wany Hasrita, cerita pasal beg Datuk Siti Nur Haliza pun ada sekali. Yang aku kelakar sebab cerita Faiz Taib tersangkut di Korea pun ada.

Zaman sekarang ramai orang buat duit dengan internet. Salah satu cara adalah menghasilkan konten di blog. Tapi, untuk wujudkan blog biarlah kena dengan nama dan kandungan artikel. Bukan sahaja boleh kelirukan pembaca, malah boleh beri tempias buruk kepada mereka yang serius dalam bidang ini.

Penutupnya: jadilah seorang penulis yang beretika.
Powered by Blogger.